Thursday 27 December 2012

Bab 2: Kerana Dia Milikku


Intan risau. Gelisahnya dia. Hampir tiga hari operasi mencari telah dilakukan namun Iman dan Adam masih tidak ditemui. Intan sendiri tidak sedar bagaimana Iman boleh terpisah darinya.
            “Intan, ada apa-apa khabar tak?”,soal Dato’ Imran,papa Iman.
            “Maaf, papa. Setakat ni Intan tak tau lagi. Intan minta maaf sebab tak jaga Iman dengan baik”,Intan kesal dengan sikapnya.
            “Tak apalah, Intan. Benda nak jadi. Lagipun Iman tu memang keras kepala sikit”,beritahu Datin Kamelia. Tangisannya masih bersisa. Dia tidak sanggup membayangkan apa-apa yang bakal terjadi kepada puteri bongsunya. Dia sanggup turun ke hutan ini dengan harapan Iman akan ditemui.
            “Ma, kita doalah Iman tak akan apa-apa”,pujuk Ikmal, abang sulung Iman. Ikram pula hanya mendiamkan dirinya. Pandangannya dihalakan ke arah Intan yang masih menunduk kerana perasaan bersalahnya.
            Tiba-tiba, telefon Ikmal berbunyi. Dia bergerak ke menjauhi ibunya. Selepas berbual panjang, Ikmal mematikan panggilannya.
            “Ma, Iman dah dijumpai. Sekarang dia ada kat hospital”, Datin Kamelia mengucapkan syukur. Pantas mereka bergerak ke arah kereta.
            Intan pantas mengucapkan syukur kerana sahabatnya merangkap adik tirinya telah ditemui. Sewaktu dia hendak menaiki keretanya, tangannya ditarik. Intan tergamam. Pandangan tajam Ikram sedikit menakutkannya. Bukan dia tidak tahu, sejak kehadirannya di rumah mereka, Ikram cukup membencinya. Dia tahu sebab apa. Tapi itu bukan salah dia.
            “Apa ni abang Ikram? Kita kena ke hospital.”,lembut suara Intan. Dia cuba berlembut dengan lelaki itu.
            “Kalau apa-apa jadi dekat adik aku. Kau akan terima balasannya.”,ugut Ikram.
            “Ikram”,pandangan Ikram dan Intan beralih ke arah si pemanggil. Ikram gerun.
            “Kenapa kau ni? Tak habis-habis lagi dengan dendam kau? Sudahlah Ikram. Intan tak bersalah pun.”,tegur Ikmal.
            “Tak bersalah? Abang tau tak sebab dia mama menderita. Dan papa pula terpaksa kahwin dengan mak dia sebab dia. Abang tau tak dia mak dia paksa papa dan ugut papa. Hanya sebab mak dia dah lahirkan anak luar nikah. Dasar anak luar nikah”,Ikram melepaskan segalanya.
Pang! Ikram terpana. Begitu juga Ikmal dan Intan.
            “Papa tak pernah ajar Ikram jadi macam ni. Papa tak pernah ajar anak-anak papa hina orang. Papa tak sangka Ikram akan jadi macam ni. Papa kesal”,luah Dato’ Imran.
            “Sampai hati papa tampar Ikram hanya sebab anak luar nikah ni”,
            “Sampai hati Ikram kecewakan mama dan papa. Mama tak pernah ajar,kan? Kenapa kamu dendam sangat dengan Intan. Dia tak bersalah pun.”,tutur Datin Kamelia sambil memeluk Intan.
            “Mama tau tak sebab dia ni mama selalu nangis. Papa selalu tinggalkan mama. Sebab anak yang tak sah taraf ni”,tinggi nada Ikram.
            Tangan Dato’ Imran hampir melayang ke arah pipi Ikram sekali lagi. Namun Intan menghalangnya. Tangisan gadis itu masih bersisa.
            “Papa, jangan. Jangan pukul abang Ikram. Betul kata abang Ikram. Intan yang salah. Intan yang salah. Intan janji lepas Intan jumpa Iman, Intan akan pergi. Intan janji”,tutur gadis itu tersedu-sedu.  
            Intan terus berlalu ke arah keretanya seraya meninggalkan keretanya. Tangisannya semakin kuat. Dia sudah tidak tahan. Andaikata dia boleh mengubah segalanya, pasti dia akan ubah. Keretanya diberhentikan di tepi jalan. Intan melepaskan segala-galanya.
            “Ibu, ni ke kehidupan Intan? Kenapa hidup Intan menderita, ibu? Intan tak layak bahagia,kan?”,Intan berbicara sendiri.
            Iman tersedar dari pengsannya. Berhari-hari perutnya tidak menjamah makanan. Saat dia tersedar, pandangannya tertancap pada Intan yang sedang terlena di sofa. Tekaknya terasa haus. Dia cuba mencapai minuman yang terdapat di meja.
            Intan terasa sesuatu bergerak. Pantas kepalanya dipanggungkan. Iman dah jaga. Iman memandang wajahnya dengan penuh rasa bersalah.
            “Sorry. aku tak sengaja kejutkan kau”,tutur Iman.
            “Tak adalah. Kau nak minum ke?”,Iman mengangguk. Intan terus mencapai botol yang berisi air dan menuangkannya ke dalam gelas.
            “Apa dah jadi sebenarnya? Macamana kau boleh tersesat?”,soal Intan.
            “Aku pun tak tau. Sedar-sedar je korang semua dah hilang. Nasib Adam ada. Kalau tak aku tak tau jadi apa”,beritahu Iman.
            “Nasib Adam ada? Explain please”,Intan tersenyum. Iman terus menutup mulutnya. ‘Ah, dia dah silap cakap tadi’
            “Err…sebenarnya, dia tu taklah sombong sangat. Dia yang tolong aku waktu kaki aku terseliuh tu. Kalau tak ada dia, rasanya aku masih kat hutan lagi kot.”,terang Iman. Intan tersenyum. Iman merenung tajam ke arah Intan.
            “Mata kau sembab dan merah. Kau nangis ke?”,soal Iman.
            “Err, taklah, aku tak cukup tidur je ni. Aku risaukan kau”,perlahan Intan bersuara. Iman tersenyum.
            “Aku okaylah. Kau yang tak okay. Dahlah, baik kau balik. Pergi tidur. Aku tak nak kawan aku sakit.”,suruh Iman. Intan menggeleng-geleng.
            “Baliklah. I’m okay. Lagipun, abang Ikram ada?”, Iman tersenyum sambil pandangannya dihalakan ke arah pintu biliknya.
            “Intan baliklah. Abang boleh jaga Iman”,lembut namun tegas suara Ikram.
Pandangan Ikram tajam ke arah Intan. Intan yang memahami pandangan tersebut bingkas bangun.
“Iman, aku balik dululah. Aku harap kau cepat sembuh. Aku sayangkan kau. Sayang sangat”, bisik Intan ketika dia memeluk Iman. Air matanya menitis. ‘Maafkan aku, Iman.’
“Kau ni janganlah sedih sangat. Aku okaykan”,Iman senyum. Intan mengangguk seraya terus melangkah pergi.
“aku harap kau masih ingat janji kau”,tutur Ikram perlahan sewaktu Intan melaluinya.
“Abang Ikram jangan risau. Saya akan sentiasa ingat janji saya”,balas Intan.
“Baguslah kalau kau ingat”,sinis senyuman Ikram.
            Intan mengemas pakaiannya. Dia perlu pergi jauh. Jauh dari Iman. Jauh dari orang yang dia sayang. Tangannya menyentuh perutnya yang sedikit membukit namun masih tidak kelihatan. ‘Ibu minta maaf, sayang. Ibu akan jaga sayang walaupun ayah sayang tak ada’. Setitik demi setitik air matanya jatuh.
            Intan tidak pernah menyangka Ikram masih menyimpan dendam terhadapnya walaupun mereka telah berkahwin. Rupa-rupanya Ikram hanya berpura-pura mencintainya padahal dia ingin membalas dendam terhadap Intan. Sebuah keluhan terbit dari bibir mungilnya.
            “Intan, Intan tak payah pergi, sayang.”,Datin Kamelia memujuk.
            “Intan minta maaf, mama. Intan kena pergi. Kehidupan mama akan lebih baik tanpa Intan dan Intan tahu abang Ikram akan bahagia kalau Intan pergi”,Intan bersuara.
            “Intan, mama minta maaf sebab mama terus setuju bila Ikram nak kahwin dengan Intan. Patutnya mama halang. Kalau tak mesti Intan tak perlu menderita macam ni”,keluh Datin Kamelia.
            “Mama, jangan cakap macam tu. Mama tak salah. Intan yang salah sebab Intan tak pandai jaga suami. Intan terima semua ni, mama. Intan tak kisah.”,pantas Datin Kamelia memeluk menantunya. Wajahnya berubah sebaik sahaja pelukan terlepas.
            “Intan?”panggil Datin Kamelia. Intan memandang wajah Datin Kamelia.
            “Intan pregnant?”,soal Datin Kamelia dan terus memegang perut Intan. Intan tergamam. Kelu lidahnya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang kandungannya termasuklah suaminya sendiri. Andaikata Ikram tahu sekalipun, adakah lelaki itu sanggup menerima anaknya.
            “Kenapa Intan tak bagitau Ikram? Kenapa tak bagitau kami?”,suara Datin Kamelia berubah ceria.
            “Intan minta maaf tapi Intan harap mama tak bagitau abang Ikram tentang anak Intan. Intan memang tak nak sesiapa pun tahu. Biarlah anak dalam perut ni menjadi kenangan Intan lepas Intan pergi”
            “Intan, tak payah pergi. Mama kesian dekat Intan. Siapa nak jaga Intan? Intan kan tengah mengandung. Kalau jadi apa-apa kan susah.Mama takkan benarkan Intan pergi”,tegas arahan Datin Kamelia.
            “Tapi,ma….Intan kena pergi. Intan kan dah janji. Mama takkan sanggup tengok Intan kena marah lagi,kan?”,Intan cuba senyum namun terasa senyumannya tawar.
            “Apakata Intan duduk dekat rumah Ikram?”,Intan menggelengkan kepalanya.
            “Intan jangan risau, Ikram langsung tak tahu pasal rumah tu. Rumah tu sepatutnya menjadi milik Intan dan Ikram. Papa yang hadiahkan kat kamu berdua. Ikram tak tahu lagi sebab rumah tu baru je siap. Papa dah letak semua perabot kat situ.”,beritahu Dato’ Imran. Dia cuba memujuk Intan.
            “Intan duduk situ,ye. Mama taklah risau sangat. Nanti mama boleh jenguk Intan kat sana. Mama tak nak Intan bersalin sendiri”,rayu Datin Kamelia. Akhirnya Intan bersetuju.
  

1 comment:

  1. Shooting Casino Slots Game | Review - Shootercasino
    Shooting Casino Slots Game is a game from a group of experienced slot machine enthusiasts and is now available for free, 제왕카지노 with the aim 인카지노 of worrione becoming a master

    ReplyDelete

ALL MY DREAM