Friday 16 November 2012

SEKALI LAGI!!-part 2





“Aku terima nikahnya, Nur Alia Mawaddah binti Kamal dengan mas kahwinnya sebanyak 5 ribu ringgit tunai”,
            “Sah?”
            “Sah”                                                                                   
            “Sah”
            Alia melafazkan kesyukuran walaupun di hatinya terdetik rasa kecewa. Izzah dan Syahirah, sahabatnya yang banyak menyokongnya tersenyum.
            Fariz melangkah masuk ke bilik pengantin. Cincin disuakan ke jari manis Alia. Alia menyalami lelaki itu namun dengan pantas Fariz menariknya.
            “Riz”,tegur Puan Sri Aishah. Fariz mendiamkan diri dan akur pada permintaan ibunya agar dia mencium dahi Alia.
            Malam pertama yang sepatutnya menjadi malam kebahagiaan bagi pasangan pengantin menjadi malam yang paling Alia tangis.
            “Kau jangan ingat aku terima kau ni sebab aku suka pada kau. Aku takkan sekali-kali sentuh kau. Kau faham tak? kau jangan ingat aku nikah dengan kau ni sebab aku sukakan kau. Kau dengar sini. Aku tak pernah cintakan kau dan aku takkan pernah cintakan kau sampai bila-bila. Dan aku takkan sekali-kali menyentuh kau. Kerana kau dah musnahkan segala-galanya.Kau tu langsung tak layak untuk aku
            “Abang, kenapa abang terima Lia?”,luah Alia. Ditahan perasaannya. Alia masih terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya.
            “Please don’t call me abang. I don’t like it. Aku terima kau sebab mama. Mama nak sangat kau jadi menantu dia. Aku sendiri tak tau apa yang ada kat kau sampai mama sayangkan kau”,rungut Fariz.
            “Abang, Lia minta maaf. Tapi kalau abang tak nak kahwin dengan Lia, kenapa abang tak tolak?”,Alia bersuara. Sakit hatinya ditahan.
            “Kau nak tau kenapa? Sebab mama aku ugut segala harta dan syarikat arwah papa aku tak akan diserahkan kepada aku. Aku terima kau semata-mata kerana aku inginkan harta papa aku”.
            Alia tidak menyangka dia akan berkahwin dengan seniornya. Malangnya perkahwinan yang diimpikan hancur.
            “Satu lagi, aku tak nak sesiapa pun tahu pasal pernikahan kita termasuklah budak sekolah kita dulu. Kalau aku dapat tahu, siap kau”,ugut Fariz lantas membawa bantal menuju ke sofa. Fariz terus merebahkan tubuhnya.
            Alia pula menuju ke bilik air. Akhirnya, Alia menangis sepuas-puasnya. Tidak disangka hari bahagianya rupanya menjadi titik permulaan deritanya.





            Seusai solat subuh, Alia terus menuju ke dapur. Nampaknya pembantu rumah tersebut sedang menyediakan sarapan. Alia cuba membantu namun dihalang oleh pembantu rumah tersebut.
            “Puan Alia, duduk je. Biar kami yang buat semua ni.”,pinta Mak Jah.
            “Betul tu, Puan Alia nak minum ke? Biar saya sediakan”,kata pembantu rumah yang lebih muda daripada Mak Jah.
            “Mak Jah, Kak Ita, biarlah Lia tolong. Lia bosanlah. Lagipun Lia nak  sediakan makanan untuk suami Lia, boleh ye?”, pujuk Alia. Mak Jah dan Kak Ita serba salah.
            “Tapi, Puan Alia…..”
            “Janganlah panggil Puan, Mak Jah. Segan Lia. Panggil Lia je.”Alia memotong kata-kata Mak Jah.
            “Tapi nanti Puan Sri marah macamana?”,takut-takut Kak Ita bertanya. Alia senyum.
            “Kak Ita jangan risau. Nanti Lia beritahu yang Lia nak prepare makanan untuk suami Lia.”
           



            Fariz turun dari tangga menuju ke dapur. Sebaik sahaja, dia terjaga dari tidur, dia melihat Alia sudah tiada di kamarnya. Fariz sudah tidak mempedulikan gadis itu. Dia bergegas menyiapkan dirinya untuk ke pejabat. Pasti banyak kerjanya tertangguh.
            Fariz terus duduk di meja makan. Pelbagai jenis makanan terhidang. Fariz hairan. Tidak pernah Mak Jah dan Kak Ita menyediakan makanan sebanyak ini. Fariz terus mencapai pancake yang menarik minatnya dari tadi.
            “Riz nak minum apa?”,soal Mak Jah.
            “Erm, macam biasa”. Mak Jah terus menghidangkan segelas air.
            “Mak Jah, kenapa Mak Jah sedia makanan banyak macam ni? Ada majlis apa-apa ke?”,Fariz hairan. Mak Jah hanya tersenyum.
            “Oh, ni bukan Mak Jah yang buat. Isteri Riz yang buat”,tutur Mak Jah. Fariz terkejut. Tersedak dia. Fariz terus mencapai minumannya dan dihabiskan Nescafe tersebut.
            “Dahlah, Mak Jah. Saya kenyang. Saya ke pejabat dulu.”, Fariz terus berlalu. Mak Jah hairan. Alia yang melihat tingkah Fariz menitiskan air matanya. Alia terus berlari menuju ke bilik yang didiaminya. Sekali lagi, Alia menangis.
            “Ibu, kenapa hidup Lia macam ni? Suami Lia sendiri bencikan Lia.” Alia meluahkannya perlahan.




            Fariz merungut-rungut di pejabat. Perasaan marahnya terhadap Alia masih belum hilang. Sebaik tiba di pejabat, seorang wanita sedang menunggu di ruangan pejabat yang luas itu. Fariz tersenyum melihat wanita itu. Kemarahannya terhadap Alia sudah dilupakan.
            “Riz, jom breakfast. I laparlah.” Rengek wanita.
            “You ni nasib baik I tak breakfast lagi kalau tak you kena berlaparlah jawabnya”,jawab Fariz sambil menggenggam erat tangan wanita itu. Wanita itu cuma tersenyum manja. Fariz memeluk pinggang wanita itu.
            “Riz, kita kahwin nak?”soal Syifa Elya secara tiba-tiba. Fariz hampir tersedak. Syifa menghulurkan minuman kepada Fariz.
            “Syifa, bagi I masa. I tak ready lagi.”
            “Sampai bila you nak ready? Mummy dengan daddy I dah tanya pasal kita. You nak tunggu sampai bila?”,rengus Syifa.
            “Bagi I masa. I kena selesaikan problem I dulu. Tak lama je, sayang. I promise.”,tutur Fariz lembut.
            “Berapa lama masa you nak?”
            “Sayang, I promise. You jangan risau, ok?”,Fariz senyum. Akhirnya Syifa mengalah. 

No comments:

Post a Comment

ALL MY DREAM