BAB 1
Iman
memandang kelibat lelaki yang lalu di hadapannya. Hatinya berdebar setiap kali
wajah itu dipandangnya. Namun Iman mengakui hati Adam Haiqal pastilah bukan
untuknya. Adam Haiqal punya
segala-galanya. Dia? Apa yang dia ada dibandingkan dengan Adam.
“Hei, Iman.
Berangan lagi ke?”, tegur Intan Liyana.
“Mana
ada.”,Iman menafikan.
“Kalau kau
dah suka dia, tackle je dia. Macam yang mereka buat”,Intan mengusik.
“Tak nak aku.
Buat malu je. Aku ni bukannya macam Kyra”.Intan ketawa.
“aku tau
sebab tu aku suka kawan dengan kau. Tapi aku pelik dengan Adam tu.”Intan
menyuarakan kehairanannya.
“Kenapa?”
“Yelah, dia
tu mana pernah layan mana-mana girls kat kampus ni. Bukan kau tak tau. Adam Haiqal, pelajar paling top dekat kampus
ni. Tu yang aku pelik. Coursemate aku selalu cakap yang dia tu sepatah haram
tak pernah cakap dalam kuliah, nak dengar suara diapun susah. Tapi dia punya
result,gempak kot. Selalu dapat top student. Dah tu aktif pula tu.” Omel Intan.
Iman pula tersenyum mendengar omelan Intan.
“Intan,
biarlah kat dia. Tu dia punya pasal. Aku nak ke library, kau nak ikut?”,soal
Iman. Intan menggeleng.
“Tak, aku
ada discussion dengan coursemate aku. Kau pergi sorang tak apa,kan?”,soal
Intan.
“Tak apa. Aku pergi dulu”,Iman terus keluar.
Iman
membelek-belek bukunya. Iman merungut-rungut apabila maklumat yang dicari tidak
dijumpai.
“May I help
you, girl?”,Iman disapa seseorang. Lelaki itu terus duduk di sebelahnya.
Ish,mamat
ni apasal? Iman menjarakkan dirinya. Lelaki itu tersenyum.
“Danial
Johan. Just call me Danial. Same course with you. Beza tahun je. Kira I ni
senior you lah”,Danial memperkenalkan dirinya.
“Ada aku
tanya?”,keras suara Iman.
“I nak
tolong you je. I pernah buat assignment ni. So, you nak ke tak?”soal Danial.
Iman
memikirkan tawaran lelaki itu. Kalau dia terima, kira satu kerja dah selesai.
Kalau dia tak terima, entah bila assignment ni akan siap.
“Okey, I
terima cuma I tak nak kalau you bagi syarat apa-apa entah sebagai balasan sebab
you tolong I. kalau tak I, reject terus”,ugut Iman.
Danial
tersenyum. Gadis itu seolah-olah dapat membaca fikirannya. Aduh, macamana lah
dia nak tackle gadis yang berlesung pipit tu.
“Okey.”,Danial
setuju.Tangan Danial mencapai laptop Iman. Danial menaip dan sesekali membelek
buku Iman. Iman hanya merenung perbuatan lelaki itu. Sekejap-sekejap lelaki itu
berhenti seolah-olah berfikir. Kemudian, lelaki itu menaip lagi.
“Ok,selesai!”,tutur
lelaki itu sambil menyerahkan laptop ke arah Iman.
“Hmm, not
bad. Thanks”,tutur Iman.
“Danial”,tegur
satu suara. Iman memandang ke arah si pemanggil begitu juga Danial.
“Adam”,panggil
Danial. Senyuman Danial lebar.
“So, Adam,
this is Iman and Iman this is Adam, my bestfriend”,Danial memperkenalkan
mereka. Iman tersenyum ke arah Adam. Namun Adam hanya membalas dengan pandangan
dingin. Senyuman Iman hilang.
“So, Iman.
Do you want to join us? Just have a drink?”,ajak Danial. Adam merengus.
“No,
thanks. Maybe next time. I thought your friend don’t like it, maybe. So, I
should make a move first”.Iman ketawa kecil lantas terus berlalu.
Danial pula
memandang tajam ke arah Adam. Adam membuat muka tidak bersalah.
“Adam,
kenapa kau layan Iman macam tu?”,marah Danial.
“Eh, kau tu
jangan baik sangat dengan mereka tu. Kau tau tak, mereka tu kawan dengan kau
sebab harta kau je, or maybe sebab rupa kau. Aku tak nak kau tertipu”,balas
Adam selamba.
“Hei, Iman tu tak macam orang lain. Ada dia pernah
tergedik-gedik dekat dengan kita? Tak ada,kan? Lainlah Kyra tu. Aku tak tau
pula kalau perempuan macam tu taste kau”,marah Danial pantas berlalu
meninggalkan Adam. Adam mendengus dan mengekori langkah Danial.
“Ah, dia
ingat aku ni tergila-gila sangat ke kat dia? Sebesar hama pun aku tak suka dia”,rungut
Iman. Sejak pulang tadi tak berhenti-henti Iman merungut. Intan pula hanya
menggeleng. Dia sendiri tidak tahu Iman sedang cakap pasal siapa.
“hei, Iman.
Kau cakap pasal siapa?”, akhirnya terlontar juga soalan Intan. Iman merenung
Intan.
“Mamat sombong
tulah”,dengus Iman. Mamat sombong? Intan tertanya-tanya.
“Adam?”
“Yelah,
siapa lagi yang sombong dalam kampus kita ni?”,Iman merungut lagi. Tidak
semena-mena ketawa Intan meletus.
“Hei, kau
ni kenapa pula? Dah buang tebiat?”,aku tengah marah, boleh pula dia gelak.
“Aku tak
sangka kau boleh jumpa mamat tu. Tulah, aku kan pernah cakap dia tu sombong,
kau tak percaya”,Intan masih lagi ketawa.
“Mana aku
nak tau”
“Kau yang
tak percaya. Anyway, how you can meet mamat tu?”,Intan bertanya dengan penuh rasa
ingin tahu.
“Aku tengah
buat assignment tadi. Tiba-tiba je ada mamat menyibuk. Tapi, okaylah. Dia
tolong aku siapkan assignment aku”,Iman tersenyum lebar.
“Then?”,soal
Intan tidak sabar-sabar.
“Lepas je
assignment aku siap, mamat yang sombong tu datang. Aku bukan main senyum kat
dia. Dia buat tak tau je. Naik meluat aku”,luah Iman. Intan ketawa.
“Eh, siapa
nama mamat yang tolong kau tu?”,soal Intan.
“Danial,
dia kata Adam tu bestfriend dia. Tapi perangai macam langit dengan
bumi.”,rungut Iman lagi.
“Wah,
hebatlah kau. Danial tu tegur kau ke?”,Intan teruja.
“Ya. Mula
tu aku tak layan tapi dah dia kata nak tolong aku. Aku terimalah dengan besar
hati.”
“Seronoknya…”
“Dah, dah.
Boleh tak stop pasal mereka? Aku yang bercerita ni pun boring, kau yang dengar
takkan tak boring?”
“Eh, kau
ni. Ingat senang ke Danial nak tegur orang macam tu je”,tingkah Intan.
“Biarlah
aku tak peduli pun. Malas nak fikir. Dahlah aku nak kemas barang ni. Kau dah
siap kemas ke?”,soal Iman.
“Dah, tak
sabar aku nak pergi hutan. First time kot”, Intan teruja. Iman tersenyum.
No comments:
Post a Comment