Kedengaran sorakan kegembiraan sebaik sahaja semua
pelajar keluar dari dewan peperiksaan setelah hampir sebulan berjuang untuk
SPM. Seorang gadis keluar agak lambat. Terukir senyuman di wajah manis itu.
“Lisa”,
gadis tersebut di sapa oleh rakannya. Alisa mengalihkan wajahnya ke arah
rakannya. Tersenyum riang keduanya.
“Lisa,
lepas SPM ni kau nak buat apa?”, soal Yuliana sambil mengemaskan begnya untuk
pulang. Alisa terdiam.
“Kahwin”,
sambil Alisa tersengih. Yuliana terhenti. Matanya membulat ke arah Alisa.
“Kau
biar betul, Lisa? Baru habis SPM kot ni?”,kejutan Yuliana masih belum hilang.
Semakin melebar senyuman Alisa. Soalan Yuliana dibiarkan tergantung.
“Woi,
aku tanya ni. Boleh pula dia senyum sorang-sorang”,rungut Yuliana. Alisa
tersengih. Seronok juga kenakan Yuliana.
“Tak
adalah. Kau ni fikirlah logic sikit. Takkan aku nak kahwin muda. Cita-cita aku
pun tak tercapai lagi.”luah Alisa. Yuliana mengangguk.
“Lisa,
esok kita main bowling nak? Release tension”,ajak Yuliana.
“Ok,
tapi takkan kita dua je?”soal Alisa.
“Nanti
aku ajak kawan-kawan kita yang lain. Confirm mereka nak. Tambah-tambah Rayyan.
Lagilah dia setuju kalau kau join.”usik Yuliana.
“Ish,
kau ni! Tak baik tau.”marah Alisa. Yuliana hanya tersengih.
“Tengok,
aku baru je cakap pasal dia. Dia dah datang. Ish, dia ni. Macam tau-tau je
orang dok cakap pasal dia”,kata Yuliana. Alisa hairan. Baru hendak bertanya dia
telah disapa seseorang.
“Hai
Lisa!, How’s your exam?”,Rayyan senyum.
“Oh,
okaylah”,jawab Alisa.
“Rayyan,
esok kitaorang ingat nak pergi main bowling. Nak join?”,pelawa Yuliana.
“La,
kitaorang pun baru plan je nak buat party. Ha, I tahu nak buat macamana. Kita
celebrate kat bowling centre sambil tu kita boleh buat party sikit,
boleh?”,soal Rayyan pula.
“Erm,
okay juga macam tu. Boleh tak, Lisa?”soal Yuliana kepada Alisa. Alisa hanya
mengangguk.
Yuliana
dan Rayyan rancak berborak manakala Alisa pula resah dan sekali sekala dia
mengerling jam di tangannya. Rayyan perasan akan keresahan Alisa. Baru sahaja
dia hendak menegur, tiba-tiba sebuah kereta Mercedes Benz berhenti di hadapan
mereka. Seorang lelaki dengan berpakaian pejabat keluar dari kereta sambil
tersenyum ke arah mereka.
“Erm,
Yul, Rayyan, aku balik dulu.”,pinta Alisa sambil menuju ke arah kerusi
bersebelahan pemandu. Rayyan terpaku. Kereta tersebut pantas berlalu.
“So,
how your exam? I’m sure you can do it, right?”,Ashraf memulakan perbualan.
Terukir senyuman di bibirnya. Sekali sekala dia menjeling adik angkatnya itu.
“Abang
nak perli Lisa,kan? Tahulah Lisa tak pandai macam abang.”,lirih suara Alisa.
Ashraf hampir ketawa melihat wajah Alisa.
“Abang
tak cakap apa pun. Rianna je yang lebih-lebih. Lagipun abang yakin adik abang
ni tentu boleh buat.”Ashraf mencuit pipi Alisa.
“Sakitlah
abang”,Arianna mencebik. Ashraf cuma ketawa melihat wajah cemberut Alisa.
“So,
Lisa nak pergi mana-mana tak? Abang bawakan.”,soal Ashraf.
“Err…abang
tak kerja ke? Lisa tak nak kacau kerja abang.”
“Abang
kerja half-day hari ni. Tahu Lisa mesti nak pergi mana-mana, kan?”
“Betul
ke ni? Tapi abang kena hantar Lisa balik dululah”,serba salah Alisa meminta.
Ashraf hairan.
“Kenapa
pulak? Tak boleh ke kita pergi terus?”
“Apalah
abang ni. Lisa kan pakai baju sekolah, takkan Lisa nak keluar pakai baju
sekolah ni?”,rungut Alisa. Ashraf ketawa. Terlupa pula dia yang Alisa baru
pulang dari sekolah.
Ashraf
terus memusingkan stereng keretanya menuju ke kawasan perumahan yang didiami
Alisa. Mercedes Benz yang dipandunya bergerak laju melalui kawasan perumahan
itu. Akhirnya kereta tersebut berhenti di hadapan sebuah banglo yang tersergam
indah. Ashraf terus memarkir keretanya masuk sebaik sahaja pintu pagarnya
dibuka.
“Abang
masuk dulu. Lisa nak bersiap dulu. Nak mandi dulu. Abang tak kisah kan kalau
lambat sikit?”,soal Alisa mencari kepastian
“Ah,
abang tak kira. Lisa kena siap dalam masa 5 minit. Kalau tak nanti abang
tinggal”,Ashraf cuba mengugut. Niat di hatinya hanya mahu mengusik.
Berubah
wajah Alisa mendengar kata-kata Ashraf. Menonong Alisa melangkah pergi dari
Ashraf. Terdetik di hati Ashraf, Lisa ni merajuk ke apa?
“Kalau
abang nak pergi, pergilah, nanti Lisa boleh pergi sendiri.”,lirih suara Alisa.
Ashraf pula tergamam. Tidak sempat dia berkata apa-apa, tubuh Alisa sudah
menghilang.
“Eh,
Ashraf, bila sampai?”,tegur Puan Aisya.
“Ashraf
baru sampai je ni. Ingat nak bawa Lisa keluar, dia kan baru habis SPM”,Puan
Aisya hanya menganggukkan kepalanya.
“Ni
Ashraf tak masuk kerjalah ni?”,soal Puan Aisya. Pelik pula dengan sikap Ashraf
ni. Jarang Ashraf ambil cuti even waktu dia sakit dia akan tetap memaksa
dirinya ke pejabat.
“Mana
boleh tak masuk kerja, ibu. Pagi ni ada meeting penting then Ashraf kena
siapkan proposal untuk projek baru. Ashraf minta nak kerja half day,”,Ashraf menjelaskan kepada
Puan Aisha.
“Hurm,
Ashraf ni bila nak kahwin? Dah 26 tahun kan? Faiz bulan depan nak kahwin. Kamu
bila lagi?”,usik Puan Aisha.
“Tak
ada jodoh lagi, ibu. Ada jodoh nanti, beristerilah Ashraf”,senyum Ashraf
“Lisa
nak pergi mana ni?”,soal Ashraf. Alisa merenung ke hadapan kemudian beralih ke
arah abang angkatnya.
“Erm,
Lisa nak shopping tapi Lisa tak ada duit, so boleh tak abang belanja?”Alisa
menunjukkan wajah comelnya. Ashraf hampir ketawa namun ditahannya.
“Ok,
tapi dah nak maghrib ni, so kita solat dulu.”,Ashraf terus memberhentikan
keretanya di sebuah masjid.
“La,
ni kenapa tak turun?”,Ashraf hairan. Merah muka Alisa mendengar pertanyaan
Ashraf. Dia menunduk. Ashraf tersenyum seolah-olah memahami.
“Abang
faham. Lisa tunggu sini. Kunci kereta. Tapi jangan tidur pula”,usik Ashraf .
Alisa masih menunduk.
Usai
solat, Ashraf terus menuju ke keretanya. Mercedes Benz miliknya dipandu ke
shopping mall. Ashraf sempat mengerling ke arah Alisa yang sedang bermain
dengan Galaxy Tab.
“Lisa
datang tak nanti kenduri Faiz?”,soal Ashraf.
“Entah,
Lisa macam malas je”,Alisa sengih.
“Lisa
datang tau. Ummi teringin nak jumpa Lisa. Lagipun Lisa dah jarang balik rumah
ummi”,tutur Ashraf.
“Tengoklah
dulu, Lisa malaslah. Tambah-tambah nanti kena mengadap muka abang Iz. Dia suka
cari gaduh dengan Lisa”,adu Alisa. Ashraf cuma tersenyum. Adik angkatnya itu
memang pantang bersemuka dengan Faiz.
“Takkan
Lisa tak kesian kat ummi. Ummi rindukan Lisa, tau”,pujuk Ashraf.
“Yelah,
Lisa pergi”
No comments:
Post a Comment