Monday 19 November 2012

SEKALI LAGI !! -part 3






Fariz leka dengan kerjanya di bilik kerja. Dalam tidak sedar, hampir sebulan Fariz dan Alia tinggal bersama di rumah Fariz. Namun layanan Fariz terhadap Alia masih tidak berubah. Malah, mereka tidur pun asing.
            Fariz menguap. Nampaknya, dia kena tangguhkan kerjanya dulu. Matanya seolah-olah tidak dapat menahan lagi. Akhirnya Fariz berlalu menuju be bilik tidurnya.
            Fariz bergegas bangun sebaik sahaja menyedari yang dia sudah terlewat. Pagi ni dia ada meeting dengan client dari Jepun. Huh, habislah macam ni. Papa mesti marah, keluh Fariz.
            Fariz turun dan ternampak kelibat Alia di dapur.
            “Alia, mana tie aku?”,kasar suara Fariz. Alia termangu. Manalah dia nak tahu. Barang lelaki itu tak pernah disentuhnya.
            “Err…Lia tak tahu. Ada kat bilik kot.”,takut-takut Alia bersuara. Bukan dia tak tahu, Fariz ni silap sikit pun dia nak marah.
            “Kan aku dah cakap, pagi ni kau kena sediakan pakaian aku. See, aku dah lambat. Kau tahu tak aku ada meeting penting.”,tengking Fariz.
            “Lia minta maaf, Lia terlupa.”,
            “Huh, sekarang aku nak kau ambilkan tie aku. Cepat!”. Alia terus berlari menuju ke tingkat atas. Fariz merungut-rungut. Tiba-tiba Iphone nya berbunyi. Papa! Fariz menjawab panggilan tersebut.
            “Riz, kenapa kamu lambat ni? Nasib baik secretary kamu beritahu papa tadi. Kamu tahu tak our agreement almost been cancelled. Kalau papa terlambat tadi, rugi kita”,Tan Sri Farid berbicara. Sedikit perasaan marah terhadap anak sulungnya. Tidak faham dia dengan sikap Fariz kebelakangan ni.
            “Sorry, pa. Riz bangun lewat tadi.”,pinta Fariz. Apa lagi yang boleh dia cakap. Memang salah dia pun.
            “Huh, papa maafkan. Tapi papa tak nak kejadian ni berulang lagi. Satu lagi, proposal yang papa suruh siapkan tu dah siap ke?”soal Tan Sri Farid.
            “Sikit lagi, papa.”
            “Kalau dah siap nanti, tunjukkan pada papa. Then papa nak kamu uruskan dengan client kita”
            “Ok, papa.”talian dimatikan. Alia yang sedari tadi menunggu Fariz menghabiskan bicaranya terus menghulurkan tie kepada Fariz. Fariz menyambutnya kasar.
            “Abang nak makan? Lia dah siap hidang”,lembut ajakan Alia.
            “Tak, aku tak ada selera nak makan masakan kau. Tambah-tambah kalau kau ada kat depan mata aku ni.”,sinis bicara Fariz. Hati Alia bertambah sakit mendengar kata-kata Fariz.
            Fariz terus berlalu meninggalkan Alia tanpa memikirkan perasaan Alia yang terluka. Alia tersenyum sambil mengesat air mata yang menitis. Dia melangkah masuk ke biliknya. Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Alia menjawab panggilan tersebut.




            “Lia, kau okey,kan?”,soal Syahirah. Alia cuma mengangguk lemah. Setitik demi setitik airmatanya turun. Izzah yang melihat keadaan itu terus memeluk Alia. Sedih hatinya melihat kawan baiknya itu.
            “Lia, kau kena kuat. Aku yakin kau boleh lalui semua ni”,bisik Izzah.
            “Aku…aku…dah tak tahu nak buat apa. Semua yang aku buat tak kena. He never treat me as his wife. I’m not deserves to be his wife,right?”,Alia tersenyum tawar.
            “No, Alia. Kau layak, Lia. Dia yang tak layak untuk kau.”,Syahirah berkata. Izzah memandang Syahirah dengan pandangan tajam. Syahirah cuma tersengih.
            “Sorry”,tutur Syahirah.
            “Lia, aku yakin yang Fariz akan sedar suatu hari nanti. Aku yakin yang Fariz akan terima kau. Kau cuma kena pikat hati dia. Jangan putus asa. And aku tak nak tengok kau sedih-sedih macam ni”,Izzah cuba menyedapkan hati Alia.
            “Thanks, sebab ada dekat dengan aku. And aku tau kata-kata kau tadi cuma nak sedapkan hati aku je.”bicara Alia.
            “Lia, kau tak percaya dia akan berubah?”,soal Syahirah. Alia menggangguk. Syahirah dan Izzah tidak terkata.
            “korang jangan risau. I’ll be okay”,senyum Alia.




            Hampir setahun pernikahan Alia dan Fariz namun masih tiada perubahan. Malah Fariz kerap pulang lambat ke rumah. Namun Alia masih tidak berputus asa untuk memenangi hati suaminya.
            “Abang baru balik,ye? Mesti abang penat. Abang nak makan?”,soal Alia. Fariz memandang pelik ke arah Alia.
            “Kau ni kenapa? Buat baik kat aku ni? Kau nak apa?”,kasar Fariz bertanya.
            “Lia kan isteri abang. Takkan Lia nak buat baik pun salah?”,lembut Alia menjawab. Sedikit sebanyak hati Fariz mulai cair dengan tingkah Alia. Fariz mendekati Alia yang masih tersenyum.
            “I want you. Can you treated me for a night?”,bisik Fariz. Alia terpana dengan permintaan Fariz. Alia senyum seraya mengangguk.
            Sebaik sahaja Alia terjaga, Fariz sudah tiada di sisinya. Alia terdengar bunyi air dalam bilik air. Perasaan bahagia menyelinap dalam diri Alia. Mungkin Fariz telah dapat menerimanya. Alia melihat Fariz keluar dari bilik air.
            Fariz terus mencapai baju kemeja dan seluar jean di dalam. Disarung ke tubuhnya. Alia hairan. Fariz hendak ke mana? Bukan hari ni hari sabtu ke?
            “Abang nak pergi mana?”, Fariz menoleh ke arah isterinya. Serta-merta perasaan bersalah menyelinap dalam dirinya.
            “I’m sorry”,Fariz menjawab ringkas. Alia hairan.
            “For what?”
            “Saya tak sepatutnya sentuh awak.”, kata-kata Fariz merobek hati Alia.
            “Kenapa?
            “Saya minta maaf. Saya janji lepas ni saya takkan sentuh awak lagi. Saya kena pergi”,balas Fariz lantas terus keluar dan mengheret bagasinya. Alia terpempan. Dia ditinggalkan selepas dia menyerahkan segala-galanya kepada Fariz. Sekali lagi Alia menangis. Sekali lagi hati Alia disakiti.




No comments:

Post a Comment

ALL MY DREAM