Sunday 11 November 2012

SEKALI LAGI!! -part 1


For information, tajuk novel ALIA MAWADDAH tu telah ditukar kepada tajuk SEKALI LAGI !!
So, hope all of you enjoy! maaf ye kalau tak best. 



            
Alia tekun menyiapkan assignment bersama Izzah dan Syahira. Ujian Pertengahan semester(UPS)  yang kian menghampiri membuatkan mereka semakin tekun.
“Lia, kenapa Fira dengan Syifa tak datang? Kau tak ajak sekali ke?” soal Syahira. Pelik juga sebab selalunya Syafira dan Syifa pasti akan join mereka.
“Entah, aku ada ajak tadi tapi mereka tak kata apa-apa pula”,balas Alia. Pening pula rasanya kepala ni. Ish, kenapalah time-time ni juga dia nak sakit? Rungut Alia. Alia memicit-micit kepalanya.
Izzah memerhati Alia. Pelik dia melihat Alia.
“Lia, kau okay tak ni?”,tegur Izzah. Kesakitan di kepala membuatkan Alia hanya menggelengkan kepalanya.
“Lia…..”perlahan Syahirah memanggil. Dia menghampiri Alia yang sedang menunduk itu. Syahirah memandang wajah Alia. Pucatnya! Syahirah terus memapah Alia ke dorm. Izzah pula memanggil exco kebajikan.
“Izzah, kenapa ni? Panik je?”kedengaran suara lelaki menegur.
“Senior Riz, nampak kak Aima tak?”,Izzah tidak menjawab soalan Fariz.
“Kak Aima? Bukan dia keluar ke?”hairan Fariz melihat gadis itu yang terlalu panik. Mendengar sahaja jawapan Fariz, Izzah mengeluh. Ah, macamana ni? Alia sakit. Bukan dia tak kenal Alia. Dia tu senang sakit. Bila sakit, penyakit dia akan datang.
“Tak apalah, senior. Thanks sebab bagitau”, Izzah pantas berlalu dengan wajah kecewa. Fariz yang melihat terus menarik tangan Izzah. Izzah memandang Fariz.
“Izzah, kenapa ni? Ada orang sakit ke?”,soal Fariz. Izzah mengangguk.
“Kalau macam tu, biar saya hantar ke hospital. Takkan nak biar dia sakit terus. Aima tak tau lagi nak balik bila.”,Fariz menawarkan dirinya.
“Tapi, senior…..”
“Dah, no excuse… panggil kawan kamu tu. Saya nak ambik kereta.”Fariz pantas berlalu.



“Abang Aiman, Lia nak makan spageti boleh?”, tanya Alia dengan wajah yang dibuat-buat comel. Aiman memandang wajah adiknya.
“Makan jelah. Bahan-bahan semua ada kat dapur”,Aiman meneruskan kerjanya.
“Tapi Lia nak makan masakan abang. Bolehlah, abang”,rayu Alia meminta simpati.
“Aiman buat jelah untuk Lia. Lagipun Lia kan sakit tu”,tegur walid.
“Yelah tu, hari-hari sakit. Sakit betul tak apa. Ni dah boleh je turun bawah. Lain lah hari tu. Bilalah Lia nak balik hostel dia?”,rungut Aiman.
“Aiman tak baik merungut. Walid tak suka. Alia kan adik kamu, beralah sikit.”
“Oklah, Aiman buatkan tapi esok Lia buat sendiri.”
Ok, set!” senyum Alia.



Syafira pelik apabila sejak kebelakangan ini Alia sering menghindarkan diri daripadanya. Kalau tidak, Alia sentiasa bersama-samanya. Malah, ketika Alia masuk hospital pun dia hanya tau tiga hari selepas itu.
Alia, kenapa kau tak cakap kat aku yang kau sakit. kau cakap kita sahabat tapi…ah,desis hati Syafira.
“Fir, kau kenapa?”,soal Syifa
“Ha? Oh, aku cuma terfikirkan Alia. Kenapa dia tak bagitau kat aku yang dia sakit? dan aku pelik juga sebab kebelakangan ni dia asyik mengelak daripada aku.”,luah Syafira tanpa menyedari ketidakpuasan seseorang.
Syifa mendengus. Asyik-asyik Lia. Aku tak tau macamana nak putuskan persahabatan mereka. Dah macam-macam cara aku cuba tapi sia-sia. Akhirnya terlakar satu idea di fikiran Syifa. Syifa senyum.
“Syifa, yang kau senyum sorang-sorang ni kenapa?”pelik Syafira melihat tingkah sahabat baiknya itu.
“Tak ada apa-apa”,dalih Syifa. Syifa dan Syafira hendak beredar dari situ namun mereka telah ditegur oleh seseorang.
“Riz!”panggil Syifa. Fariz tersenyum melihat kekasihnya.
“Fira…”
“Hmm..aku tau, pergi jelah. Aku tak kisah pun.”
“Thanks, Fira”, Syafira cuma tersenyum. Terfikir di fikirannya untuk berjumpa Alia. Syafira terus menuju ke dorm Alia namun tidak ada. Puas Syafira mencari di kawasan hostel itu namun masih tidak berjumpa dengan Alia.
“Fira, kau cari siapa?”, tegur Izzah. Pening dia melihat Syafira berlari ke sana sini.
“Kau ada nampak Alia tak?”,soal Syafira kepenatan.
“bukan time ni dia suka pergi kat rooftop ke? Takkan kau…..”belum sempat Izzah menghabiskan kata-katanya, Syafira telah berlalu pergi. Izzah hanya menggelengkan kepalanya. Dia cukup kenal dengan sikap Syafira yang sentiasa mengambil berat akan Alia. Waktu Alia sakit hari tu, hampir seminggu juga Syafira tidak menegur dia dan Syahirah. Sebabnya Syafira tahu peristiwa itu 3 hari selepas Alia discharge dari hospital.



Alia merenung ke langit malam itu. Ketenangan menular dalam diri Alia. Masalahnya seolah-olah hilang. Fikirannya yang bercelaru menjadi tenang seketika. Ketika Alia menceritakan masalahnya kepada abangnya, masih terngiang-ngiang nasihat abangnya.
“Lia, dalam hidup ni setiap daripada kita tak terlepas diuji oleh-Nya. Percayalah, suatu hari nanti sahabat Lia akan sedar suatu hari nanti. Lia doakan dia ye”,Aiman senyum kepada adik kesayangannya.
“Lia…..”lamunan Alia terhenti apabila Syafira memanggilnya. Alia senyum.
“What are you doing here,Lia?”
“Tenangkan fikiran,”,ringkas jawapan Alia. Alia terus memandang ke arah langit. Begitu juga Syafira.



2 tahun kemudian,
            Aiman dan Alif memandang wajah Alia. Mereka tahu Alia berbelah bahagi. Permintaan ummi dan walid untuk mengahwinkan Alia dengan anak kawan baik mereka agak sukar untuk Alia penuhi.
            “Lia, kalau Lia tak nak, Lia tolak je”,pujuk Alif.
            “Tapi, Lia tak sampai hati nak kecewakan ummi dan walid. Dan sungguh Lia tak ready lagi.”,lirih suara Alia.
            “Lia, ummi dengan walid tak paksa Lia untuk kahwin. Terpulang kepada Alia. Lia fikir elok-elok, solat, minta petunjuk dari-Nya”nasihat Aiman pula. Alia memandang wajah abang-abangnya. Senyuman terukir dan dia mengangguk.



bersambung..........



p/s: maaflah kalau tak best. Ni baru introduction. Insya-Allah, Lyssa akan cuba perbaik lagi... harap boleh comment.



No comments:

Post a Comment

ALL MY DREAM