“Aku terima nikahnya, Nur Alia
Mawaddah binti Kamal dengan mas kahwinnya sebanyak 5 ribu ringgit tunai”,
“Sah?”
“Sah”
“Sah”
Alia
melafazkan kesyukuran walaupun di hatinya terdetik rasa kecewa. Izzah dan
Syahirah, sahabatnya yang banyak menyokongnya tersenyum.
Fariz
melangkah masuk ke bilik pengantin. Cincin disuakan ke jari manis Alia. Alia
menyalami lelaki itu namun dengan pantas Fariz menariknya.
“Riz”,tegur
Puan Sri Aishah. Fariz mendiamkan diri dan akur pada permintaan ibunya agar dia
mencium dahi Alia.
Malam
pertama yang sepatutnya menjadi malam kebahagiaan bagi pasangan pengantin
menjadi malam yang paling Alia tangis.
“Kau
jangan ingat aku terima kau ni sebab aku suka pada kau. Aku
takkan sekali-kali sentuh kau. Kau faham tak? kau jangan ingat aku
nikah dengan kau ni sebab aku sukakan kau. Kau dengar sini. Aku tak pernah
cintakan kau dan aku takkan pernah cintakan kau sampai bila-bila. Dan aku
takkan sekali-kali menyentuh kau. Kerana kau dah musnahkan segala-galanya.Kau tu
langsung tak layak untuk aku
“Abang,
kenapa abang terima Lia?”,luah Alia. Ditahan perasaannya. Alia masih terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya.
“Please
don’t call me abang. I don’t like it. Aku terima kau sebab mama. Mama nak
sangat kau jadi menantu dia. Aku sendiri tak tau apa yang ada kat kau sampai
mama sayangkan kau”,rungut Fariz.
“Abang,
Lia minta maaf. Tapi kalau abang tak nak kahwin dengan Lia, kenapa abang tak
tolak?”,Alia bersuara. Sakit hatinya ditahan.
“Kau nak
tau kenapa? Sebab mama aku ugut segala harta dan syarikat arwah papa aku tak
akan diserahkan kepada aku. Aku terima kau semata-mata kerana aku inginkan
harta papa aku”.
Alia tidak
menyangka dia akan berkahwin dengan seniornya. Malangnya perkahwinan yang
diimpikan hancur.
“Satu
lagi, aku tak nak sesiapa pun tahu pasal pernikahan kita termasuklah budak
sekolah kita dulu. Kalau aku dapat tahu, siap kau”,ugut Fariz lantas membawa
bantal menuju ke sofa. Fariz terus merebahkan tubuhnya.
Alia pula
menuju ke bilik air. Akhirnya, Alia menangis sepuas-puasnya. Tidak disangka
hari bahagianya rupanya menjadi titik permulaan deritanya.
Seusai
solat subuh, Alia terus menuju ke dapur. Nampaknya pembantu rumah tersebut
sedang menyediakan sarapan. Alia cuba membantu namun dihalang oleh pembantu
rumah tersebut.
“Puan
Alia, duduk je. Biar kami yang buat semua ni.”,pinta Mak Jah.
“Betul tu,
Puan Alia nak minum ke? Biar saya sediakan”,kata pembantu rumah yang lebih muda
daripada Mak Jah.
“Mak Jah,
Kak Ita, biarlah Lia tolong. Lia bosanlah. Lagipun Lia nak sediakan makanan untuk suami Lia, boleh ye?”,
pujuk Alia. Mak Jah dan Kak Ita serba salah.
“Tapi,
Puan Alia…..”
“Janganlah
panggil Puan, Mak Jah. Segan Lia. Panggil Lia je.”Alia memotong kata-kata Mak
Jah.
“Tapi
nanti Puan Sri marah macamana?”,takut-takut Kak Ita bertanya. Alia senyum.
“Kak Ita
jangan risau. Nanti Lia beritahu yang Lia nak prepare makanan untuk suami Lia.”
Fariz
turun dari tangga menuju ke dapur. Sebaik sahaja, dia terjaga dari tidur, dia
melihat Alia sudah tiada di kamarnya. Fariz sudah tidak mempedulikan gadis itu.
Dia bergegas menyiapkan dirinya untuk ke pejabat. Pasti banyak kerjanya
tertangguh.
Fariz
terus duduk di meja makan. Pelbagai jenis makanan terhidang. Fariz hairan. Tidak
pernah Mak Jah dan Kak Ita menyediakan makanan sebanyak ini. Fariz terus
mencapai pancake yang menarik minatnya dari tadi.
“Riz nak
minum apa?”,soal Mak Jah.
“Erm,
macam biasa”. Mak Jah terus menghidangkan segelas air.
“Mak Jah,
kenapa Mak Jah sedia makanan banyak macam ni? Ada majlis apa-apa ke?”,Fariz
hairan. Mak Jah hanya tersenyum.
“Oh, ni
bukan Mak Jah yang buat. Isteri Riz yang buat”,tutur Mak Jah. Fariz terkejut. Tersedak
dia. Fariz terus mencapai minumannya dan dihabiskan Nescafe tersebut.
“Dahlah,
Mak Jah. Saya kenyang. Saya ke pejabat dulu.”, Fariz terus berlalu. Mak Jah
hairan. Alia yang melihat tingkah Fariz menitiskan air matanya. Alia terus
berlari menuju ke bilik yang didiaminya. Sekali lagi, Alia menangis.
“Ibu,
kenapa hidup Lia macam ni? Suami Lia sendiri bencikan Lia.” Alia meluahkannya
perlahan.
Fariz
merungut-rungut di pejabat. Perasaan marahnya terhadap Alia masih belum hilang.
Sebaik tiba di pejabat, seorang wanita sedang menunggu di ruangan pejabat yang
luas itu. Fariz tersenyum melihat wanita itu. Kemarahannya terhadap Alia sudah
dilupakan.
“Riz, jom
breakfast. I laparlah.” Rengek wanita.
“You ni
nasib baik I tak breakfast lagi kalau tak you kena berlaparlah jawabnya”,jawab
Fariz sambil menggenggam erat tangan wanita itu. Wanita itu cuma tersenyum
manja. Fariz memeluk pinggang wanita itu.
“Riz, kita
kahwin nak?”soal Syifa Elya secara tiba-tiba. Fariz hampir tersedak. Syifa
menghulurkan minuman kepada Fariz.
“Syifa,
bagi I masa. I tak ready lagi.”
“Sampai
bila you nak ready? Mummy dengan daddy I dah tanya pasal kita. You nak tunggu
sampai bila?”,rengus Syifa.
“Bagi I masa.
I kena selesaikan problem I dulu. Tak lama je, sayang. I promise.”,tutur Fariz
lembut.
“Berapa
lama masa you nak?”
“Sayang, I
promise. You jangan risau, ok?”,Fariz senyum. Akhirnya Syifa mengalah.
No comments:
Post a Comment