Sunday 10 March 2013

Sekali Lagi!!



            Adam sedang bermain-main bersama Nur Iman Azra, anak Izzah dan Aiman. Kelihatannya Adam gembira melayan Azra walaupun usia Azra baru mencecah 8 bulan.
            “Adam, do you want sister?”,soal Syahirah sebaik tiba di meja makan yang diduduki mereka. Izzah dan Syahirah keluar berjalan-jalan kerana Adam merungut yang dia kebosanan. Jadi, mereka hanya turutkan permintaan si kecil.
            “I have one. If  I take the other sister, Iman will sad.”,tutur Adam. Syahirah tertawa mendengar jawapan comel Adam.
            “Assalamualaikum”,serentak Izzah dan Syahirah menjawab. Terkejut mereka melihat pemberi salam tersebut.
            “Waayaikumcalam.”,pelat suara Adam menjawab salam.
            “Fira, duduklah? Buat apa kat sini?”, ramah Syahira menegur. Syafira tersenyum. Dia mencuit pipi comel Adam.
            “Saja shopping, beli barang sikit. Comel anak-anak kau Izzah”,puji Syafira.
            “Siapa nama?”,soal Syafira kepada Adam. Adam terpinga-pinga. Dia memandang Izzah.
            “Mak Yong, what does auntie say? I don’t understand”,tanya Adam. Syahirah ketawa.
            “Adam, her name is auntie Fira. She’s ummi’s friend. She ask you what’s your name?”,beritahu Izzah lembut. Adam mengangguk.
            “Oh… auntie Fiya, I’m Adam Haiqal bin Fariz Haiqal. Adam always see your picture. I don’t know why ummi crying when she see your picture. I think ummi miss Auntie Fiya”,Adam bercerita.
            “Wait…Adam…anak Fariz?”soal Syafira. Syahira mengangguk.
            “Dan Alia”, Izzah menyambung. Pantas Syafira berdiri. Sungguh, dia tak nak berjumpa dengan perempuan yang dah membunuh sahabatnya, Syifa Elya.
            “Fira, please. Sampai bila kau nak macam ni? Bencikan sahabat kau sendiri? Alia tak salah pun.”Izzah cuba memberi penjelasan namun tidak diendahkan Syafira.
            “Alia terpaksa, Fira. Terpaksa kahwin dengan Fariz. And kau tak pernah tahukan berapa banyak Alia nangis hanya untuk perkahwinan tu je. Then Fariz tak pernah pedulikan dia malah she asked for marry Syifa. What could Alia do. You tell me.”,Syahira bertanya. Syafira terdiam.
            “Alia bukan perampas. Syifa juga bukan perampas. Alia sendiri yang setuju Fariz nikah lain. Bukan sebab dia tak boleh pregnant tapi sebab dia nak suami dia bahagia. Walaupun hati dia sendiri yang sakit”,terang Izzah.
            Terduduk Syafira. Dia salah anggap terhadap Alia. Alia sanggup berkorban demi suaminya. Dan Syifa. Kenapa Lia? Kenapa kau tak pernah bagitau aku? Perasaan bersalah menyelubungi Syafira.
            “Izzah, Syafira, aku nak jumpa Alia. Dia kat mana sekarang?”,soal Syafira. Izzah dan Syahira berpandangan.
            “Dia tak ada kat sini, Fira. Dia di UK.”,beritahu Izzah.
            “Tapi anak dia…..”
            “Kami yang ambil dia coz dia tak nak anak dia ikut budaya kat sana.”penjelasan Syahirah menghampakan Syafira.
            “Korang tau bila Alia nak balik Malaysia?”
            “Entahlah, dia tak ada bagitau pula. Cuma dia ada cakap…kalau dia balik Malaysia and she will hurting someone, lebih baik tak payah balik.”,kata-kata Izzah menyentak hati Syafira.
            “Adam have you meet your father?”,soal Syafira kepada Adam.
            “Yeah, Daddy Mikail. He back Malaysia with me”,senyum Adam. Syafira kehairanan. Daddy Mikail?
            “Mikail, kau ingat lagi kan? Dia paling rapat dengan Adam waktu kat UK.  Mungkin sebab Adam rindukan ayah dia sebab tu dia panggil Mikail, Daddy”,jelas Syahira.
           



            “Auntie Fiya? Whose house is this? So beautiful. I do like it.”,tutur Adam sambil melihat sekeliling rumah itu.
            “Ha, Fira. Minumlah dulu. Comelnya budak ni. Anak siapa, Fira?”soal Puan Sri Aishah.
            “Ni Adam Haiqal bin Fariz Haiqal….”,terpempan Puan Sri Aishah.
            “Auntie, Fira datang sini nak minta maaf sebab dah cerita buruk pasal Alia. Alia tak bersalah, auntie. Dia cuma mangsa keadaan. Syifa meninggal pun sebab salah dia sendiri. Dia tak dapat kawal emosi waktu dia dapat tahu Fariz dah kahwin dengan Alia. Fariz never tell him”,jelas Syafira.
            “Maksud Fira, Syifa tak pernah tahu Fariz dah kahwin lain until she got an accident?”, Syafira mengangguk.
            “Auntie dah tuduh dia macam-macam,Fira. Auntie bersalah sangat. Dahlah waktu mak dia meninggal, auntie langsung tak menziarahi mereka.”,perasaan sesal menyelubungi Puan Sri Aishah.
            “Dahlah, auntie. Semua dah berlaku. Sekarang ni kita cuma boleh mengharapkan kemaafan Alia. Fira datang sini bawa Adam, cucu auntie. Tapi dia ni tak boleh cakap melayu. Biasalah dah stay kat UK, dekat 4 tahun.”terang Syafira sambil tersenyum.
            “Oh, ni cucu auntie. Adam come here with grandma.”panggil Puan Sri Aishah. Adam terpinga-pinga.
            “Your grandma, Adam. You never meet your grand mother, right? I brought you here to see your grandma”,senyum Syafira.
            “grandma?”petah Adam menyebut. Puan Sri Aishah memeluk Adam.
            “Alia tak datang sini? Adam pernah jumpa Fariz tak?”,soal Puan Sri Aishah.
            “Alia dekat UK, auntie. Adam tak pernah jumpa ayah dia. That’s why, Fira bawak dia ke sini sebab nak bagi dia kenal ayah dia. Dia sangka Mikail ayah dia sebab Mikail rapat dengan Adam di UK.”
            “Fira, boleh tak biarkan Adam tidur sini for a few days”,pinta Puan Sri Aishah.
            “Tapi, auntie…pakaian dia?”,Syafira bertanya.
            “Fira jangan risau. Auntie nak bawa Adam jalan-jalan and shopping. Auntie kenalah bagi sesuatu untuk Adam,kan?”Puan Sri Aishah tersenyum. Syafira mengangguk.

 

ALL MY DREAM