Thursday 27 December 2012

Sekali Lagi- part 5



            “Alia, are you okay?” soal Syahira sebaik sahaja Alia keluar dari bilik air. Muka Alia yang pucat menambahkan kerisauan Syahira. Tiba-tiba, Alia berlari masuk ke bilik air semula. Dia muntah lagi. Semakin tidak keruan Syahira melihat Alia. Alia sakit apa? Entah-entah, she’s pregnant? Duga Syahira. Pantas Syahira menuju ke biliknya dan mengambil sesuatu.







            “Nah, kau cuba ni dulu, sekarang”, tegas suara Syahirah berkata sebaik sahaja Alia keluar dari bilik air. Alia terpinga-pinga namun dia akur walaupun dia terfikir kenapa nak cuba?
            Positive! It can’t be, Alia seolah-olah tak percaya. Namun itu yang diberitahu kepadanya oleh Syahira. Syahira doktor, then she does know and never lied.
            “Positive, congratz yah. Kau pregnant empat minggu.”,kata-kata yang terluah dari mulut Syahira mencengkam hatinya. Ya, mungkin dia gembira. Tapi adakah lelaki itu gembira jika dia tahu aku mengandungkan anaknya.
            “Bakal ibu kenalah happy. Tak naklah sedih-sedih. Nanti nak jumpa Izzah pun dia hairan”,pujuk Syahira. Dia tahu apa yang terbuku di hati sahabatnya.



            Syifa bersiap-siap ke majlis perkahwinan Izzah. Syifa menunggu Fariz menjemputnya. Kata Fariz, dia kena selesaikan masalah dekat office dulu then mereka terus bertolak ke Kedah.
            Syifa bosan. Dia melangkah ke bilik kerja suaminya. Fariz melarang dia masuk ke dalam bilik ini. Sebab apa pun dia tak tahu. Dia duduk di sofa yang terdapat dia dalam bilik tersebut. Matanya terpaku pada sebuah kotak. Pantas dia menarik kotak tersebut. Habuk memenuhi ruang permukaan kotak itu. Syifa membelek-belek isi kotak tersebut.
            “Ish, abang ni. Sesuka hati dia je letak sijil nikah ni. Kalau hilang nanti kan susah.” Syifa merungut dan mencapai sijil nikah tersebut.
            Syifa terpana. Nama Alia? Syifa terkejut. Tidak disangka rupanya Fariz curang dan Alia pula mengkhianati persahabatannya. Pantas Syifa berlari dan mencapai kunci kereta.
            Syifa menangis. Dia mendail nombor Syafira.
            “Assalamualaikum”, Syafira memberi salam.
            “Fira, Fariz curang dengan aku. Dia dah kahwin lain. Aku jumpa sijil nikah dia. Aku benci dia”, luah Syifa.
            “Syifa, kau kat mana, relak ok?”
            “No, aku nak bunuh perempuan tu. Alia memang perampas.”tekad Syifa.
            “What? Do you mean Alia and Fariz?”
            “Ya, aku tak sangka Alia macam tu.”
            “Syifa, kau relax ok?”,Syafira menenangkan Syifa. Tiba-tiba, kedengaran jeritan Syifa dan panggilan terputus.
            “Hello,hello? Syifa? Answer me, please!”,rayu Syafira. Syafira terus keluar rumah.


            Syifa kemalangan dan sekarang berada di ICU.  Syafira memandang tajam ke arah Alia yang baru tiba bersama Izzah, Aiman dan Syahira.
            Pang!
            Semua pandangan tertumpu ke arah Syafira. Alia terpana.
            “Kau memang tak tahu malu,kan? Berani-berani kau datang sini lepas apa yang kau dah buat dekat Syifa?”,marah Syafira.
            “Fira, kenapa ni? Kami cuma nak melawat Syifa.”,beritahu Izzah.
            “You know what? Perempuan ni! Perempuan ni yang menyebabkan Syifa accident. Kau memang tak sedar diri. Dasar perampas!”,begitu lantang Syafira bersuara.
            Kata-kata Syafira menyentak hati Alia. Dia memang perampas.
            “Aku tak nak tengok muka kau kat sini and you must remember this, if something happen to Syifa, I never forgive you”.
            Alia melangkah pergi. Sedihnya tak terkira. Suaminya dah lama mengabaikannnya. Kini sahabat yang paling disayanginya membencinya. Alia tahu, dia tidak diperlukan. Akhirnya satu keputusan telah dibuat.



            “Lia yakin ke?”,soal Aiman
            “Lia takkan patah balik abang”,putus Alia.
            “Lia, walau apapun yang terjadi, Lia kena ingat yang kami semua sayangkan Lia.”,pesan Puan Aira.
            “Lia ingat. Lia sayangkan ibu.”tutur Alia.
            “Lia, kau ni memang,kan? Suka buat tindakan sendiri”,Izzah berpura-pura marah. Dipeluk sahabatnya.
            “Lia nanti kat sana, jaga diri. Baby tu pun kena jaga. Kalau jadi apa-apa call tau”,pesan Syahirah. Alia mengangguk.
            “Lia masuk dulu. Nak berlepas dah ni.”,pinta Alia. Alia memeluk ibunya,lama. Kemudian abangnya.
            “Lia jaga diri tau. Call abang bila dah sampai. Anything happen, bagitau abang. Nanti abang suruh Alif tengokkan Lia. Lagipun bukan jauh sangat,kan?”,Alia mengangguk. Alia berpaling kearah sahabatnya, Izzah dan Syahirah. Erat pelukan mereka.
            “To all the passengers of airlines UK380, please get to your flight now.”,kedengaran pengumuman penerbangan Alia telah dipanggil. Alia terus melangkah. Sesekali dia berpaling dan akhirnya kelibat orang yang disayangi hilang.




            Anak kecil di sisi Alia ketawa keriangan apabila mendapat aiskrim. Disuakan kepada Alia namun Alia hanya menggeleng.
            “Your son so cute”,puji Angel, teman serumah Alia.
            “Auntie, can we go out like this tomorrow?”,Angel mengangguk.
            “Al, how long do you want to stay here? Don’t you think about your family,your friend and your husband or at least think about your son.”,Alia terdiam. Betul juga. Sampai bila dia nak duduk sini? Masalah dia takkan pernah selesai.  Dan dia tak nak Adam Haikal tinggal di sini dan terikut budaya di sini.
            “Thanks, Angel. I will think about that.”tutur Alia lantas mendukung puteranya untuk pulang.
            “Surprise”,serentak kedengaran terjahan daripada beberapa orang sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya.
            Alia hampir sahaja terjatuh namun seorang lelaki sempat menyambutnya.
            “Thanks, Mika”,tutur Alia. Pandangan mata Alia tajam memandang mereka.
            “Sorry, nak buat surprise untuk Lia”,sengih Aiman. Adam yang berada dalam dukungan Alia menangis.
            “Nak buat surprise padalah, see, Adam crying”marah Alia. Izzah mengambil Adam dan dipujuknya.
            “Salah I, Al. I bagi idea nak buat surprise then mereka setuju. So we did it. Sorry ya”,tutur Mikail lembut.
            “Hurm, yelah tu. You tu pun satu. Bukannya tak tau anak I ni cepat meragam. Terkejut sikit nangis.”rungut Lia.
             “Malam ni kita makan kat luar nak. I belanja”,ajak Mikail.
            “Beres.”sahut Alif pula.
            Mikail memangku Adam. Terhenti tangisan Adam apabila Mikail mendukungnya. Mikail melayan Adam sehingga tertawa anak kecil itu.
            “Daddy”,pelat kanak-kanak itu memanggil. Semua yang berada di situ terkejut.
            “Jangan pandang Lia macam tu, boleh tak? Bukan salah Lia, Lia tak pernah suruh Adam panggil Mikail macam tu.”Alia berterus terang.
            “Adam, come with mama. You need to sleep now.”panggil Alia lantas mengambil Adam daripada Mikail dan masuk ke biliknya.
            Alia memandang wajah polos si kecil yang sudah terlena. Air mata Alia mengalir. Adam dah pandai berkata-kata. Usia Adam sudah mencecah tiga tahun. Alia yakin Adam rindukan ayahnya. Sebab itu Adam memanggil Mikail daddy.
            “Lia, are you okay?”panggil Syahirah. Alia mengesat air matanya.
            “We’re sorry. we did not meant like that.”tutur Syahirah
            “I’m okay”.

No comments:

Post a Comment

ALL MY DREAM