Sunday 23 December 2012

Cinta + Benci (BAB 1)


Kedengaran sorakan kegembiraan sebaik sahaja semua pelajar keluar dari dewan peperiksaan setelah hampir sebulan berjuang untuk SPM. Seorang gadis keluar agak lambat. Terukir senyuman di wajah manis itu.
            “Lisa”, gadis tersebut di sapa oleh rakannya. Alisa mengalihkan wajahnya ke arah rakannya. Tersenyum riang keduanya.
            “Lisa, lepas SPM ni kau nak buat apa?”, soal Yuliana sambil mengemaskan begnya untuk pulang. Alisa terdiam.
            “Kahwin”, sambil Alisa tersengih. Yuliana terhenti. Matanya membulat ke arah Alisa.
            “Kau biar betul, Lisa? Baru habis SPM kot ni?”,kejutan Yuliana masih belum hilang. Semakin melebar senyuman Alisa. Soalan Yuliana dibiarkan tergantung.
            “Woi, aku tanya ni. Boleh pula dia senyum sorang-sorang”,rungut Yuliana. Alisa tersengih. Seronok juga kenakan Yuliana.
            “Tak adalah. Kau ni fikirlah logic sikit. Takkan aku nak kahwin muda. Cita-cita aku pun tak tercapai lagi.”luah Alisa. Yuliana mengangguk.
            “Lisa, esok kita main bowling nak? Release tension”,ajak Yuliana.
            “Ok, tapi takkan kita dua je?”soal Alisa.
            “Nanti aku ajak kawan-kawan kita yang lain. Confirm mereka nak. Tambah-tambah Rayyan. Lagilah dia setuju kalau kau join.”usik Yuliana.
            “Ish, kau ni! Tak baik tau.”marah Alisa. Yuliana hanya tersengih.
            “Tengok, aku baru je cakap pasal dia. Dia dah datang. Ish, dia ni. Macam tau-tau je orang dok cakap pasal dia”,kata Yuliana. Alisa hairan. Baru hendak bertanya dia telah disapa seseorang.
            “Hai Lisa!, How’s your exam?”,Rayyan senyum.
            “Oh, okaylah”,jawab Alisa.
            “Rayyan, esok kitaorang ingat nak pergi main bowling. Nak join?”,pelawa Yuliana.
            “La, kitaorang pun baru plan je nak buat party. Ha, I tahu nak buat macamana. Kita celebrate kat bowling centre sambil tu kita boleh buat party sikit, boleh?”,soal Rayyan pula.
            “Erm, okay juga macam tu. Boleh tak, Lisa?”soal Yuliana kepada Alisa. Alisa hanya mengangguk.
            Yuliana dan Rayyan rancak berborak manakala Alisa pula resah dan sekali sekala dia mengerling jam di tangannya. Rayyan perasan akan keresahan Alisa. Baru sahaja dia hendak menegur, tiba-tiba sebuah kereta Mercedes Benz berhenti di hadapan mereka. Seorang lelaki dengan berpakaian pejabat keluar dari kereta sambil tersenyum ke arah mereka.
            “Erm, Yul, Rayyan, aku balik dulu.”,pinta Alisa sambil menuju ke arah kerusi bersebelahan pemandu. Rayyan terpaku. Kereta tersebut pantas berlalu.



            “So, how your exam? I’m sure you can do it, right?”,Ashraf memulakan perbualan. Terukir senyuman di bibirnya. Sekali sekala dia menjeling adik angkatnya itu.
            “Abang nak perli Lisa,kan? Tahulah Lisa tak pandai macam abang.”,lirih suara Alisa. Ashraf hampir ketawa melihat wajah Alisa.
            “Abang tak cakap apa pun. Rianna je yang lebih-lebih. Lagipun abang yakin adik abang ni tentu boleh buat.”Ashraf mencuit pipi Alisa.
            “Sakitlah abang”,Arianna mencebik. Ashraf cuma ketawa melihat wajah cemberut Alisa.
            “So, Lisa nak pergi mana-mana tak? Abang bawakan.”,soal Ashraf.
            “Err…abang tak kerja ke? Lisa tak nak kacau kerja abang.”
            “Abang kerja half-day hari ni. Tahu Lisa mesti nak pergi mana-mana, kan?”
            “Betul ke ni? Tapi abang kena hantar Lisa balik dululah”,serba salah Alisa meminta. Ashraf hairan.
            “Kenapa pulak? Tak boleh ke kita pergi terus?”
            “Apalah abang ni. Lisa kan pakai baju sekolah, takkan Lisa nak keluar pakai baju sekolah ni?”,rungut Alisa. Ashraf ketawa. Terlupa pula dia yang Alisa baru pulang dari sekolah. 
            Ashraf terus memusingkan stereng keretanya menuju ke kawasan perumahan yang didiami Alisa. Mercedes Benz yang dipandunya bergerak laju melalui kawasan perumahan itu. Akhirnya kereta tersebut berhenti di hadapan sebuah banglo yang tersergam indah. Ashraf terus memarkir keretanya masuk sebaik sahaja pintu pagarnya dibuka.
            “Abang masuk dulu. Lisa nak bersiap dulu. Nak mandi dulu. Abang tak kisah kan kalau lambat sikit?”,soal Alisa mencari kepastian
            “Ah, abang tak kira. Lisa kena siap dalam masa 5 minit. Kalau tak nanti abang tinggal”,Ashraf cuba mengugut. Niat di hatinya hanya mahu mengusik.
            Berubah wajah Alisa mendengar kata-kata Ashraf. Menonong Alisa melangkah pergi dari Ashraf. Terdetik di hati Ashraf, Lisa ni merajuk ke apa?
            “Kalau abang nak pergi, pergilah, nanti Lisa boleh pergi sendiri.”,lirih suara Alisa. Ashraf pula tergamam. Tidak sempat dia berkata apa-apa, tubuh Alisa sudah menghilang.
            “Eh, Ashraf, bila sampai?”,tegur Puan Aisya.
            “Ashraf baru sampai je ni. Ingat nak bawa Lisa keluar, dia kan baru habis SPM”,Puan Aisya hanya menganggukkan kepalanya.
            “Ni Ashraf tak masuk kerjalah ni?”,soal Puan Aisya. Pelik pula dengan sikap Ashraf ni. Jarang Ashraf ambil cuti even waktu dia sakit dia akan tetap memaksa dirinya ke pejabat.
            “Mana boleh tak masuk kerja, ibu. Pagi ni ada meeting penting then Ashraf kena siapkan proposal untuk projek baru. Ashraf minta  nak kerja half day,”,Ashraf menjelaskan kepada Puan Aisha.
            “Hurm, Ashraf ni bila nak kahwin? Dah 26 tahun kan? Faiz bulan depan nak kahwin. Kamu bila lagi?”,usik Puan Aisha.
            “Tak ada jodoh lagi, ibu. Ada jodoh nanti, beristerilah Ashraf”,senyum Ashraf




            “Lisa nak pergi mana ni?”,soal Ashraf. Alisa merenung ke hadapan kemudian beralih ke arah abang angkatnya.
            “Erm, Lisa nak shopping tapi Lisa tak ada duit, so boleh tak abang belanja?”Alisa menunjukkan wajah comelnya. Ashraf hampir ketawa namun ditahannya.
            “Ok, tapi dah nak maghrib ni, so kita solat dulu.”,Ashraf terus memberhentikan keretanya di sebuah masjid.
            “La, ni kenapa tak turun?”,Ashraf hairan. Merah muka Alisa mendengar pertanyaan Ashraf. Dia menunduk. Ashraf tersenyum seolah-olah memahami.
            “Abang faham. Lisa tunggu sini. Kunci kereta. Tapi jangan tidur pula”,usik Ashraf . Alisa masih menunduk.
            Usai solat, Ashraf terus menuju ke keretanya. Mercedes Benz miliknya dipandu ke shopping mall. Ashraf sempat mengerling ke arah Alisa yang sedang bermain dengan Galaxy Tab.
            “Lisa datang tak nanti kenduri Faiz?”,soal Ashraf.
            “Entah, Lisa macam malas je”,Alisa sengih.
            “Lisa datang tau. Ummi teringin nak jumpa Lisa. Lagipun Lisa dah jarang balik rumah ummi”,tutur Ashraf.
            “Tengoklah dulu, Lisa malaslah. Tambah-tambah nanti kena mengadap muka abang Iz. Dia suka cari gaduh dengan Lisa”,adu Alisa. Ashraf cuma tersenyum. Adik angkatnya itu memang pantang bersemuka dengan Faiz.
            “Takkan Lisa tak kesian kat ummi. Ummi rindukan Lisa, tau”,pujuk Ashraf.
            “Yelah, Lisa pergi”

No comments:

Post a Comment

ALL MY DREAM