Wednesday 26 December 2012

Bab 1 - Kerana Dia Milikku


BAB 1
            Iman memandang kelibat lelaki yang lalu di hadapannya. Hatinya berdebar setiap kali wajah itu dipandangnya. Namun Iman mengakui hati Adam Haiqal pastilah bukan untuknya.  Adam Haiqal punya segala-galanya. Dia? Apa yang dia ada dibandingkan dengan Adam.
            “Hei, Iman. Berangan lagi ke?”, tegur Intan Liyana.
            “Mana ada.”,Iman menafikan.
            “Kalau kau dah suka dia, tackle je dia. Macam yang mereka buat”,Intan mengusik.
            “Tak nak aku. Buat malu je. Aku ni bukannya macam Kyra”.Intan ketawa.
            “aku tau sebab tu aku suka kawan dengan kau. Tapi aku pelik dengan Adam tu.”Intan menyuarakan kehairanannya.
            “Kenapa?”
            “Yelah, dia tu mana pernah layan mana-mana girls kat kampus ni. Bukan kau tak tau.  Adam Haiqal, pelajar paling top dekat kampus ni. Tu yang aku pelik. Coursemate aku selalu cakap yang dia tu sepatah haram tak pernah cakap dalam kuliah, nak dengar suara diapun susah. Tapi dia punya result,gempak kot. Selalu dapat top student. Dah tu aktif pula tu.” Omel Intan. Iman pula tersenyum mendengar omelan Intan.
            “Intan, biarlah kat dia. Tu dia punya pasal. Aku nak ke library, kau nak ikut?”,soal Iman. Intan menggeleng.
            “Tak, aku ada discussion dengan coursemate aku. Kau pergi sorang tak apa,kan?”,soal Intan.
            “Tak apa. Aku pergi dulu”,Iman terus keluar.
            Iman membelek-belek bukunya. Iman merungut-rungut apabila maklumat yang dicari tidak dijumpai.
            “May I help you, girl?”,Iman disapa seseorang. Lelaki itu terus duduk di sebelahnya.
            Ish,mamat ni apasal? Iman menjarakkan dirinya. Lelaki itu tersenyum.
            “Danial Johan. Just call me Danial. Same course with you. Beza tahun je. Kira I ni senior you lah”,Danial memperkenalkan dirinya.
            “Ada aku tanya?”,keras suara Iman.
            “I nak tolong you je. I pernah buat assignment ni. So, you nak ke tak?”soal Danial.
            Iman memikirkan tawaran lelaki itu. Kalau dia terima, kira satu kerja dah selesai. Kalau dia tak terima, entah bila assignment ni akan siap.
            “Okey, I terima cuma I tak nak kalau you bagi syarat apa-apa entah sebagai balasan sebab you tolong I. kalau tak I, reject terus”,ugut Iman.
            Danial tersenyum. Gadis itu seolah-olah dapat membaca fikirannya. Aduh, macamana lah dia nak tackle gadis yang berlesung pipit tu.
            “Okey.”,Danial setuju.Tangan Danial mencapai laptop Iman. Danial menaip dan sesekali membelek buku Iman. Iman hanya merenung perbuatan lelaki itu. Sekejap-sekejap lelaki itu berhenti seolah-olah berfikir. Kemudian, lelaki itu menaip lagi.
            “Ok,selesai!”,tutur lelaki itu sambil menyerahkan laptop ke arah Iman.
            “Hmm, not bad. Thanks”,tutur Iman.
            “Danial”,tegur satu suara. Iman memandang ke arah si pemanggil begitu juga Danial.
            “Adam”,panggil Danial. Senyuman Danial lebar.
            “So, Adam, this is Iman and Iman this is Adam, my bestfriend”,Danial memperkenalkan mereka. Iman tersenyum ke arah Adam. Namun Adam hanya membalas dengan pandangan dingin. Senyuman Iman hilang.
            “So, Iman. Do you want to join us? Just have a drink?”,ajak Danial. Adam merengus.
            “No, thanks. Maybe next time. I thought your friend don’t like it, maybe. So, I should make a move first”.Iman ketawa kecil lantas terus berlalu.
            Danial pula memandang tajam ke arah Adam. Adam membuat muka tidak bersalah.
            “Adam, kenapa kau layan Iman macam tu?”,marah Danial.
            “Eh, kau tu jangan baik sangat dengan mereka tu. Kau tau tak, mereka tu kawan dengan kau sebab harta kau je, or maybe sebab rupa kau. Aku tak nak kau tertipu”,balas Adam selamba.
            “Hei, Iman tu tak macam orang lain. Ada dia pernah tergedik-gedik dekat dengan kita? Tak ada,kan? Lainlah Kyra tu. Aku tak tau pula kalau perempuan macam tu taste kau”,marah Danial pantas berlalu meninggalkan Adam. Adam mendengus dan mengekori langkah Danial.
            “Ah, dia ingat aku ni tergila-gila sangat ke kat dia? Sebesar hama pun aku tak suka dia”,rungut Iman. Sejak pulang tadi tak berhenti-henti Iman merungut. Intan pula hanya menggeleng. Dia sendiri tidak tahu Iman sedang cakap pasal siapa.
            “hei, Iman. Kau cakap pasal siapa?”, akhirnya terlontar juga soalan Intan. Iman merenung Intan.
            “Mamat sombong tulah”,dengus Iman. Mamat sombong? Intan tertanya-tanya.
            “Adam?”
            “Yelah, siapa lagi yang sombong dalam kampus kita ni?”,Iman merungut lagi. Tidak semena-mena ketawa Intan meletus.
            “Hei, kau ni kenapa pula? Dah buang tebiat?”,aku tengah marah, boleh pula dia gelak.
            “Aku tak sangka kau boleh jumpa mamat tu. Tulah, aku kan pernah cakap dia tu sombong, kau tak percaya”,Intan masih lagi ketawa.
            “Mana aku nak tau”
            “Kau yang tak percaya. Anyway, how you can meet mamat tu?”,Intan bertanya dengan penuh rasa ingin tahu.
            “Aku tengah buat assignment tadi. Tiba-tiba je ada mamat menyibuk. Tapi, okaylah. Dia tolong aku siapkan assignment aku”,Iman tersenyum lebar.
            “Then?”,soal Intan tidak sabar-sabar.
            “Lepas je assignment aku siap, mamat yang sombong tu datang. Aku bukan main senyum kat dia. Dia buat tak tau je. Naik meluat aku”,luah Iman. Intan ketawa.
            “Eh, siapa nama mamat yang tolong kau tu?”,soal Intan.
            “Danial, dia kata Adam tu bestfriend dia. Tapi perangai macam langit dengan bumi.”,rungut Iman lagi.
            “Wah, hebatlah kau. Danial tu tegur kau ke?”,Intan teruja.
            “Ya. Mula tu aku tak layan tapi dah dia kata nak tolong aku. Aku terimalah dengan besar hati.”
            “Seronoknya…”
            “Dah, dah. Boleh tak stop pasal mereka? Aku yang bercerita ni pun boring, kau yang dengar takkan tak boring?”
            “Eh, kau ni. Ingat senang ke Danial nak tegur orang macam tu je”,tingkah Intan.
            “Biarlah aku tak peduli pun. Malas nak fikir. Dahlah aku nak kemas barang ni. Kau dah siap kemas ke?”,soal Iman.
            “Dah, tak sabar aku nak pergi hutan. First time kot”, Intan teruja. Iman tersenyum.

No comments:

Post a Comment

ALL MY DREAM