Saturday 8 December 2012

Kerana Dia Milikku( Prolog)


PROLOG

Adam mengerling sekilas ke arah gadis di sebelahnya. Wajahnya seolah-olah takut. Huh, macamana dia boleh tersesat dengan gadis ni.
            “Aku nak gerak dah ni. Kalau kau rasa nak ikut aku, ikutlah. Kalau kau tak nak, stay je kat sini”,dingin suara Adam. Iman memandang lelaki itu dengan pandangan jengkel.
            “Kalau nak ajak tu elok-elok sikit boleh tak? Kalau tak nak ajak pun ada aku kisah”,balas Iman. Walaupun dia akui dia takut untuk berseorangan. Adam tersenyum sinis.
            “Suka hati kaulah nak kata apa pun.”,Adam terus berjalan tanpa mempedulikan Iman. Iman memandang sekelilingnya. Dia terus berlari ke arah Adam.
            “Aku ikut kau”,perlahan bicara Iman.
            “Ceh, aku ingat kau dah berani sangat nak duduk sorang-sorang”,perli Adam.
            “Tak payah nak perlilah”,balas Iman. Iman sendiri tidak sedar bagaimana dia boleh tersesat dengan lelaki yang amat menjengkelkan itu.
            Daripada awal pagi mereka bergerak namun masih tidak menemui jalan keluar. Sekarang hari hampir menjelang senja. Iman sedikit takut. Tanpa dia sedar, kakinya tersalah langkah hingga dia hampir terjatuh ke dalam cerun. Iman memejamkan matanya.
            “Lain kali jalan tu elok-elok sikit”,tutur Adam sebaik sahaja tubuh Iman ditarik ke atas.
            “Thanks”,ucap Iman.
            “Hmm, nasib barang aku jatuh kalau tak aku tak tau apa jadi kat kau. Kita kena cari tempat. Dah nak malam ni”,nada suara Adam berubah lembut. Adam bangun dan terus berjalan. Iman pula cuba bangun.
            “Aduh!”, Iman menjerit. Adam berpatah balik ke arah Iman.
            “Kau kenapa?”,soal Adam.
            “Aku rasa kaki aku terseliuh kot sebab jatuh tadi”,perlahan suara Iman. Dahinya berkerut menahan sakit.
            Adam terus menanggalkan sneakers dan stoking yang dipakai Iman. Dia menggerakkan kaki Iman.
            “Aduh!”
            “Sakit lagi ke?”. Iman mengangguk. Terasa air matanya bergenang.
            “Dahlah, naik belakang aku”,arah Adam sambil duduk membelakangkan tubuhnya ke arah Iman.
            “Ha?? tak naklah. Aku boleh berjalan lagi.”,Iman terkejut. Dia cuba bangun namun dia terjatuh lagi. Nasib tubuhnya sempat disambut Adam.
            “Tu boleh jalan lagi? Hmm??”sindir Adam.
            “Cepatlah. Kita kena cari tempat nak bermalam. Kat sini bahaya”,arah Adam yang kembali membelakangkan Iman.
            “Tapi….tapi….”
            “Come on, Iman. Ke kau nak aku tinggal kau kat sini?”,ugut Adam. Iman menggeleng dan hanya menurut arahan Adam.
            “Ha, kan senang”,Adam senyum. Iman pula yang malu.
            Setelah beberapa lama berjalan, Adam berhenti di kawasan yang agak lapang. Dia menurunkan Iman dan terus duduk. Iman memandang Adam yang keletihan. Hari hampir gelap. Adam pula bingkas bangun dan bergerak meninggalkan Iman. Iman sudah gelisah.
            “Adam”,Adam memandang wajah Iman dengan penuh tanda tanya.
            “Kau nak ke mana?”,
            “Aku nak cari kayu api sekejap. Aku rasa kawasan ni banyak kayu. Kenapa?”,soal Adam.
            “Aku nak ikut”,pinta Iman.
            “Ah, tak payah. Kau tu tak boleh berjalan, ada hati nak ikut lagi?”,sindir Adam lantas bergerak meninggalkan Iman. Selang beberapa minit kemudian, Adam kembali dengan membawa selonggok kayu.
            “Kau nak mandi?”,soal Adam sebaik sahaja dia selesai menyalakan api dan memasang khemah. Iman pula memandang ke arah Adam.
            “Aku ada jumpa sungai tadi waktu cari kayu api. Kalau nak, jomlah. Aku temankan. Lagipun aku nak mandi jugak ni. Then kita solat”,beritahu Adam. Iman pula hanya mengangguk. Dia mencapai begnya dan beg Adam.
            Adam bergerak dengan mengendong Iman di belakangnya menggunakan lampu suluh yang dipegang oleh Iman. Sebaik sampai, Adam meletakkan Iman di kawasan yang agak terlindung dan berhampiran sungai.
            “Aku tinggal kau kat sini. Senang kau nak salin baju ke apa. Aku pergi sana dulu. Apa-apa panggil aku.”,pesan Adam. Iman hanya mengangguk. Sejujurnya, dia mulai suka akan tingkah Adam yang tidak mengambil kesempatan ke atasnya.
                       
            Adam bergerak menghampiri Iman. Keadaan yang gelap menyukarkannya untuk bergerak. Namun lampu suluh yang terang di kawasan Iman menjadi panduannya untuk menuju ke tempat Iman tadi.
            “Iman, kau ada bawa………”Adam menelan liur dan terus berpaling daripada menghadap Iman. Wajahnya bertukar rona. Ah, kenapalah aku tak tanya dia dah siap ke belum? Adam mengetuk kepalanya.
            Iman pula terus menutup tubuhnya yang hanya berkemban dengan tuala kecil yang dibawa sebaik sahaja dia terdengar suara Adam. Wajah Iman berubah. Dia malu kerana Adam sudah ternampak sebahagian tubuhnya. Terus sahaja dia menyarung pakaiannya.
            “Err,,a..a…awak nak apa, Adam?”,tergagap-gagap Iman bertanya.
            “Err…kau ada bawa botol tak? Aku nak isi air.”,soal Adam sambil cuba mengawal suaranya.
            “Ada..nah”,Iman menyuakan beberapa botol ke arah Adam. Adam pula terus mengambilnya tanpa memandang Iman.
            “Thanks, kejap lagi aku datang balik.”,Adam terus berlalu.
            Iman duduk sambil menunggu kedatangan Adam. Walaupun hatinya gundah namun dia tahu Adam tidak akan mengambil kesempatan ke atasnya.
            “Iman! Iman!” panggil Adam.
            “Ya”,Iman menyahut.
            “Kau dah siap ke?”,soal Adam.
            “Dah”,Iman menjawab. Adam memunculkan dirinya sebaik sahaja terdengar jawapan Iman. Botol-botol yang diletakkannya di dalam plastic diserahkan kepada Iman. Adam terus duduk membelakangi Iman dan Iman terus bergerak ke belakang Adam. Adam mengendong Iman sehingga dia sampai ke khemah yang dipasang tadi. Botol-botol yang dipegang Iman diletakkan ke satu tempat.
            Adam mengambil begnya dan mencari-cari sesuatu. Iman pula mencapai begnya dan diletakkan di dalam khemah.  Terasa kakinya dipegang pantas dia bergerak ke belakang.
            “Eh, kau ni kenapa? Kau jangan berani nak buat apa-apa”, Iman panik apabila secara tiba-tiba Adam memegang kakinya. Adam tersenyum. Huh, apalah perempuan ni. Ingat aku ni jahat sangat ke nak rosakkan anak dara orang. Timbul idea nakal untuk mengenakan Iman.
            “Kau agak-agakkan apa yang aku boleh buat? Hmm?”,Adam menjongketkan keningnya. Senyuman diberikan. Iman panik. Wajah Adam semakin dekat dengan wajahnya.  Badannya terus ke belakang. Tanpa dia sedar, dia telah terbaring di dalam khemah itu. Adam pula terasa mahu ketawa melihat wajah panik Iman.
            “Adam, kau…kau…jangan…..”. tiba-tiba ketawa Adam meletus.
            “Kelakarlah kau ni Iman. Takkan aku nak rosakkan anak dara orang. Aku pun ada adik juga. Kau ni..Takut ke?”,sengaja Adam mengusik sambil tak henti-henti ketawa.
            “Kau ni….memanglah….Hish….benci betul”,rungut Iman. Wajahnya sudah bertukar rona.
            “Aku nak tengok kaki kau ni je.”Adam menunjukkan first aidnya.
            “Nak tengok tu bagitau jelah.. saja nak buat orang cuak”,gumam Iman perlahan namun masih didengari oleh Adam.
            “Kau kutuk aku ke?”,soal Adam.
            “Mana ada.”nafi Iman.
            “Kalau tak ada, tak apalah. Kalau ada pun, tak pasal-pasal free je pahala kau dapat kat aku,kan?”,Adam senyum. Iman mencebik.
            Adam mengeluarkan minyak angin. Kaki Iman diurut.
            “Err, Adam, kita duduk kat sana, boleh? Aku tak selesalah.”, Iman menunjukkan tempat yang terdapat tempat untuk bersandar. Adam pula hanya mengangguk.
            “Iman, aku minta maaf pasal tadi”,tutur Adam.
            “Pasal tadi? Pasal apa?”,Iman kehairanan.
            “err,,pasal tadi yang…yang dekat sungai tu. Aku minta maaf. Aku tak sengaja.”,beritahu Adam. Iman pula terus mengalihkan wajahnya ke arah lain. Aduh, dia ni saja nak bagi aku malu, desis hati Iman.
            “Tak apa. Kau tak sengaja, kan”, seboleh mungkin Iman cuba mengawal suaranya.
            Adam berdiam diri. Lama mereka berkeadaan begitu. Tangannya mulai terasa lenguh.
            “Iman, kaki kau okey tak lagi?”,Adam bertanya. Lama dia menunggu jawapan Iman namun tidak dibalas.
            “Iman, aku…”terhenti kata-katanya apabila melihat Iman sedang terlena. Adam mengeluh.
            “Iman, Iman. Penat aku cakap dengan kau. Rupanya kau dah tidur”,keluh Adam. Tangannya mencapai bandage dan membalut kaki Iman.
            Selesai sahaja, dia terus duduk di sebelah Iman. Wajah Iman dipandang. Dalam diam Adam akui walaupun Iman tidak secantik gadis-gadis yang cuba mendampinginya, namun wajahnya nampak comel dan manis. Adam tersenyum. Jaket yang dipakai, diletakkan di atas tubuh Iman. Adam bertindak berani. Dia mengangkat kepala Iman di atas ribanya. Tubuh Iman diletakkan secara berbaring. Hai, dia ni. Tak sedar-sedar langsung. Kalau aku buat apa pun, belum tentu dia sedar. Teringat dia peristiwa di sungai tadi. Kalaulah imannya tidak kuat,pasti gadis itu sudah diterkamnya. Adam menggelengkan kepalanya, cuba melupakan peristiwa tersebut. Suasana malam yang semakin sunyi menyebabkan mata Adam kian layu dan akhirnya dia tertidur. 



P/S: ni novel terbaru Lyssa...untuk Novel Sekali Lagi, Lyssa akn update x lma lg...so,, enjoy this story..^_^

No comments:

Post a Comment

ALL MY DREAM