Friday 9 November 2012

First entry

Hai, ni first entry Lyssa. tak tau nak tulis apa tapi insya-Allah dalam blog Lyssa ni Lyssa akan post novel or cerpen atau apa-apa karya yang bersesuaian. Lyssa tau karya Lyssa tak sehebat penulis terkenal macam Damya Hanna or Siti Rosmizah or Fauziah Asha'ari dan mana-mana novelis lain yang terkenal. tapi tak salahkan kalau Lyssa nak cuba. Insya-Allah first karya Lyssa tajuk ALIA MAWADDAH. tak tau nak sebut apa novel ke cerpen. Lyssa tak kisah. Dah lama Lyssa buat tapi tak pernah ada idea nak keluarkan di blog. Apa-apa pun Lyssa ucapkan selamat membaca. Lyssa akan selitkan cover dan sinopsis ALIA MAWADDAH. enjoy it!

Hubungan Nur Alia Mawaddah dan Fariz Haiqal sebagai senoir dan junior bertukar menjadi suami isteri. Fariz terpaksa menerima Alia atas desakan mummy dan daddynya, Puan Sri Aishah dan Tan Sri Razak dengan syarat perkahwinan mereka dirahsiakan. Kehidupan Alia selepas menjadi isteri kepada lelaki itu bertukar 360 darjah. Tanpa disangka, Fariz menyimpan dendam terhadap juniornya kerana bagi Fariz, Alia telah menyebabkan impiannya untuk menikahi gadis impiannya terlerai. bermacam makian, cacian, benci telah diungkapkan Fariz kepada Alia. Akhirnya Fariz membuat keputusan untuk menikahi Syifa Elya gadis impiannya. Alia merelakan dalam keterpaksaan. Fariz telah menyakiti hati Alia apabila dia ternampak gadis itu bersama seorang lelaki. pada saat itulah, kebencian Alia meluap-luap. Disaat Alia disahkan mengandung, dia disisih oleh keluarga mentuanya dan suaminya. sahabatnya, Syafira mulai membenci Alia apabila dia menyangka Alia penyebab Syifa mati. Alia telah membawa diri dan hatinya ke United Kingdom. Di kala itu, Alia bertekad untuk tidak mempedulikan lagi orang lain. Kehadiran Mikail, sahabat Fariz memberi kebahagiaan kepada Alia dan anaknya, Adam Haiqal. Alia dipertemukan semula dengan suaminya yang kini cuba meraih kembali cinta Alia. Adakah semudah itu Alia akan melupakan apa yang telah dilakukan oleh suaminya atau terleraikah ikatan yang mengikat mereka sejak dulu? mungkinkah kehadiran Adam Haiqal akan mengubah segala-galanya?




"Woi, kau jangan ingat aku nikah dengan kau ni sebab aku sukakan kau. Kau dengar sini. Aku tak pernah cintakan kau dan aku takkan pernah cintakan kau sampai bila-bila. Dan aku takkan sekali-kali menyentuh kau. Kerana kau dah musnahkan segala-galanya.Kau tu langsung tak layak untuk aku.- FARIZ HAIQAL.

"Lia sedar Lia memang tak layak untuk abang. Lia dah hancurkan impian abang. Lia sedar. Dan Lia janji lepas ni Lia takkan ganggu abang lagi cuma Lia minta abang lepaskan Lia. Biarkan Lia teruskan hidup Lia dengan Adam. Abang jangan risau Lia takkan cerita apa-apa pun pasal abang dekat Adam.-ALIA MAWADDAH

"You fikir baik-baik Lia. Fikirkan masa depan Adam. He needs his father. Yes, maybe Adam consider me as his father. Tapi you tak kesian kat dia? Takkan you sanggup nak pisahkan seorang ayah dengan anak. Fariz pernah buat silap, Lia. dan sekarang dia dah sedar. I tak nak you buat keputusan terburu-buru. Memang I cintakan you tapi I tak sanggup nak musnahkan kebahagiaan you dengan Adam.-MIKAIL 




No comments:

Post a Comment

ALL MY DREAM